Sudi-sudilah sign di sini......

Selasa, 22 September 2009

Pokok.... Oleh Tuan Guru Nik Aziz










Bezanya antara YB BN dan YB PR.....




Ucapan Wakil BN Pasir Salak membahaskan Usul Peruntukan Semula Perbelanjaan 2009 (2) pada 24 Jun 2009 di Dewan Rakyat memalukan Umno dan BN.

Rabu, 16 September 2009

Banner Zambry disimbah cat...

Kejadian ni berlaku malam semalam... baru tadi papan banner ni diganti..

Apakah tandanya itu....?





Selasa, 15 September 2009

Ramadhan ini....




Ramadhan yang akan pergi...
dapatkah kutemui lagi...

Rejam dilaksana di Acheh


GAMBAR menunjukkan seorang wanita berjalan melintasi
peringatan yang meminta orang ramai memakai pakaian
Muslim di Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, Aceh kelmarin



BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati selepas undang-undang syariah diluluskan semalam.

Undang-undang itu membenarkan hukuman sebat sehingga 100 kali dikenakan terhadap individu bujang belum berkahwin yang didapati melakukan zina.

Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian.

Undang-undang itu diluluskan sebulat suara di Parlimen.

“Semua pihak bersetuju secara sebulat suara untuk menjadikan rang undang-undang itu sebagai undang-undang termasuk hukuman merejam sampai mati.

“Undang-undang ini akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dengan atau tanpa kelulusan gabenor Aceh,” kata Pengerusi Speaker Khas Parlimen, Bachron M Rasyid.

Ia sekali gus menggantikan undang-undang sivil.

Jurucakap Parti Keadilan Makmur, Moharriyadia berkata, undang-undang itu merupakan langkah pencegahan untuk penduduk Aceh agar mereka tidak terlibat dengan masalah moral.

Bekas pejuang Pergerakan Aceh Merdeka yang kini menjadi Gabenor Aceh, Irwandi Yusuf menentang keputusan parlimen itu dan meminta ia ditangguhkan dan dikaji semula.

“Indonesia ditubuhkan oleh kepelbagaian budaya dan fikiran. Jika Aceh menggantikan undang-undang jenayah dengan hukum syariah maka ia akan menjadi bahaya untuk Indonesia,” kata pemikir liberal Islam, Mohamad Guntur Romli.

Sebelum ini, Aceh melaksanakan hukum syariah secara terhad seperti pemakaian, solat lima waktu, puasa dan menunaikan zakat.

– AFP

Isnin, 7 September 2009

Pesanan...




Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).



Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.



Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.



IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang

Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Aksi terlampau

Puak-puak ni memang dah melampau.....
inikah bakal-bakal pemimpin/pejuang mereka?


Biarkan gambar bercerita.....


Sabtu, 5 September 2009

Tak puasa - suami isteri ditangkap

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

MUSTAFA KAMAL (tengah) memberi penerangan kepada pasangan suami isteri yang ditahan kerana tidak puasa di Kangar semalam.



KANGAR - Sepasang suami isteri sanggup menjamu selera di sebuah restoran Cina, di sini bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa gara-gara tidak berpuasa.

Bagaimanapun, taktik mereka itu tidak menjadi apabila diberkassepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) pagi semalam.

Ketua Penolong Pengarah (Pendakwaan) Jaips, Mustafa Kamal Mohd. Taibberkata, pasangan tersebut pergi ke restoran itu untuk bersarapan kerana tiada gerai Islam yang membuka perniagaan pada waktu itu.

"Ketika kami serbu, lelaki berusia 24 tahun dan isterinya berusia 25 tahun sedang minum sementara menunggu makanan yang dipesan.

"Selain pasangan ini, ada lima hingga enam pelanggan Islam di restoran itu tetapi mereka sempat melarikan diri," katanya.

Menurut Mustafa Kamal, apabila ditanya kepada pasangan itu kenapa tidak berpuasa, alasan yang diberikan ialah tidak makan sahur.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan TDM

Kes macam ni memang memalukan... orang-orang bukan islam pun tentu geleng kepala tengok puak-puak tak tau malu ni makan di khalayak ramai dalam bulan ramadhan yang mulia ni... bukannya budak-budak lagi, dah kahwin pun... perempuan tu pakai tudung pulak tu..... kalau perempuan tak puasa boleh faham la uzurnya, tapi tetap tidak sesuai makan di khalayak... yang lakinya tu apa cerita pulak..... uzur apanya...?

kalau insaf, alhamdulillah.. tapi kalau masih tak berubah, apa la nak jadi dengan anak-anak mereka nanti.. rosaklah anak-anak bangsa yang seagama denganku..


Jumaat, 4 September 2009

ADUN DAP ikuti usrah PAS

Posted on Thursday, September 03 @ 13:25:12 MYT by Paktam
Oleh Sofi Wahab


ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong bukan sahaja menghadiri program kemasyarakatan bersama rakyat malah turut juga menghadiri majlis usrah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Minggu lalu beliau telah menghadiri program usrah dwimingguan Dewan Pemuda PAS bertempat di rumah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol di Taman Jati, Batu Berendam.



Ketika ditemui YB Khoo berkata beliau ingin mendalami ilmu Islam yang sememangnya sesuai untuk semua kaum tanpa mengira agama dan tempat.

"Saya memang minat untuk mengetahui serba sedikit tentang agama Islam kerana ia adalah agama rasmi negara kita, kawan-kawan saya memang ramai orang Melayu tetapi sebelum ini saya tidak ada kesempatan untuk mendalaminya".

"Dengan kesempatan berkawan bersama orang PAS saya kira ini peluang terbaik untuk saya mempelajari serba sedikit tentang Islam lebih-lebih lagi saya sebagai Wakil Rakyat memang patut tahu kerana dalam Dewan Undangan Negeri banyak isu Islam di bahaskan" ujar Khoo.



Khoo berkata acapkali Sidang DUN Melaka membahaskan isu berkaitan dengan Islam tetapi beliau tidak dapat mengambil bahagian kerana tidak memahami asas-asas Islam. "Kalau saya ada sedikit ilmu tentang Islam sudah tentu saya senang untuk faham dan mungkin boleh sama-sama berbahas dalam isu tersebut" tambah Khoo.

Sementara itu Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Khairul Che Salleh menyambut baik kesedian YB Khoo Poay Tiong untuk bersama-sama menyertai Usrah Dewan Pemuda PAS Bukit Katil.

"Kita tiada halangan kerana Islam memang sesuai untuk semua itu sebab slogan kita 'PAS FOR ALL".

"Kita memang mengalu-alukan kehadiran beliau dan memberikan peluang sepenuhnya kepada beliau memberikan pandangan dan idea dalam usrah kita" tambah Khairul.

Pendapat Khairul dipersetujui oleh Ketuanya Puhat Bedol yang turut sama menjemput YB Khoo pada setiap kali usrah dan program-program lain.

"Pemuda akan sentiasa menjemput YB Khoo untuk bersama-sama dengan kita dalam apa juga program kemasyarakatan dan seumpamanya bagi menggerakkan jentera Pakatan Rakyat Melaka dalam usaha kita mendekati rakyat".

"PAS, DAP dan PKR mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu menegakkan keadilan dan kebajikan di samping matlamat utama parti masing-masing, jadi tidak ada sebab untuk kita tidak boleh menggerakkan program bersama dengan lebih serius dan bersungguh-sungguh" ujar Puhat.


-Detikdaily-

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan TDM

Rasa terharu sangat dengan keprihatinan ADUN DAP ni...
kalau pun sekiranya dia tidak berniat nak memeluk Islam tapi sekurang-kurangnya dia belajar memahami apa itu Islam.. usaha sebegini memang baik dan harus lah diteruskan dari masa ke semasa untuk kebaikan bersama...

....dah nampak anjakan paradigma yang positif tentang Islam dalam kalangan orang-orang bukan Islam sejak PAS mula bersama Pakatan Rakyat.. alhamdulillah...







Kartika Dewi - Liputan Blogger Perak

Kartika Dewi itu aku ! - Bila Tuhan mula memilih dia


Oleh : albanjari



Siapa yang tidak kenal akan Kartika Sari Dewi Shukarnor 32 tahun kini, bukan sahaja di Malaysia, Singapura malah nama Kartika telah dimasyurkan ke serata dunia, baik di timur lebih-lebih lagi di barat melalui media mereka (CNN), malah Amnesty International juga turut membuat liputan kes berkaitan kisah beliau yang ditangkap ketika meminum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur dimana beliau telah pun dijatuhkan hukum sebat 6 kali rotan dan didenda sebanyak RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bulan lalu.

Dan itulah keputusan Hakim Mahkamah Syariah, yang telah menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan Undang Undang Syariah, Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Dari apa yang diperolehi dari sesi wawancara yang diadakan pada tanggal 3 Ogos 2009, oleh blogger albanjari, MSK, team Perak Ekspress, dan UmmiAnni yang turut juga dihadiri, melalui kunjungan moral AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dan Pusat, jelas bahawa Kartika adalah seorang wanita muslim yang berasal dari Sungai Siput, Perak yang kini hidup dan telah berkahwin dengan lelaki warga Singapura selama lebih 15 tahun. Beliau yang bekerjaya sebagai seorang jururawat di sebuah hospital terbaik di republik itu juga merupakan seorang model iklan. Walaubagaimanapun beliau telah pun meletakkan jawatan sebagai jururawat disebabkan kes tersebut lebih setahun lalu.

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil risiko untuk menerima hukuman sebat, beliau berkata, "I want to respect the law ". Malah beliau mahu disebat dikhalayak ramai. Wow ! Adakah sesiapa yang melihat mengapa hal ini terjadi ? Selama lebih 50 tahun negara merdeka, inilah individu yg berani tampil dikhalayak menerima hukuman tersebut atas sebab kesalahan yg diakuinya sendiri mengikut hukum yang ditakwilkan oleh Mahkamah Syariah.

Sebenarnya, inilah individu yang dipilih oleh Tuhan. Beliau dipilih oleh Allah swt. bagi menunjukkan ketempangan hukum yang cuba digunapakai oleh Mahkamah Syariah di Malaysia yang jelas tidak mengikut hukum al-Quran yg sebenarnya. Jika sebelum ini, siapa kisah ? Malah rakyat dibutakan mata melalui hukuman denda RM2000 tanpa sebatan keatas pesalah meminum arak. Hey ! Inilah kebenarannya yang mahu dibawakan melalui isu ini. Individu ini benar-benar mahukan Mahkamah Syariah melaksanakan hukum yg dijatuhkan kepadanya. Apa lagi, segerakanlah hukuman itu ! Tetapi benarkah hukuman itu adalah hukuman yang disyariatkan oleh Allah ? Dan itulah persoalan yg harus dijawab dari isu ini. Sharizat pasti tidak bersetuju dengan artikel ini, pasti !!

Yang jelas, dunia mungkin tertawa. Tertawa kerana hukuman yg dijatuhkan itu bukan mengikut hukum yg sebenar-benarnya seperti yg terkandung dalam al-Quran. Jika kita perhatikan dari pelbagai sudut ilmiahnya kita dapati sebenarnya hukuman itu bukanlah satu dari bentuk hukuman yang di syariatkan oleh Allah kepada kita dan bagi saya ia tetap sebagai hukuman ciptaan manusia dan peninggalan penjajah Inggeris semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Orang ramai menganggap bahawa hukuman itu adalah sebahagian dari hukuman islam adalah tidak benar sama sekali walaupun ia dikuatkuasakan oleh Mahkamah Syariah dan dinamakan sebagai Enekmen Jenayah Syariah sesebuah negeri tersebut.

Inilah akibatnya apabila kita meninggalkan dan mengabaikan perintah dari Allah swt yang melahirkan masyarakat umumnya dan umat islam khususnya di dalam negara kita , hingga menjadikan rakyatnya banggang dan jahil terhadap hukum dan perintah agama mereka sendiri.

Sedarkah kita bahawa kita telah dikelirukan dengan hukuman ciptaan manusia yang disolek dengan pelbagai jenama solekan hatta di make up indah oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Mahkamah-Mahkamah Syariah itu sendiri sebagai satu hiasan indah hasil dari tangan-tangan munafik seterusnya menghasilkan gambaran keliru sebahagian besar umat islam kita yang secara sedar ditertawankan dengan undang-undang ini yang dilihat sebagai islamik.

Tidak benar jika kita katakan bahawa hukum yang dijatuhkan oleh hakim tersebut sebagai hukum islam kerana ia jelas berlawanan dengan nas-nas dari al-Quran dan Hadis Nabi SAW.
Allah SWT menegaskan dalam al-Quran ; " Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor ( najis / keji ) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." surah al-maidah ayat 90.
Dalam undang-undang jenayah syariah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, samada dia mabuk atau tidak, maka wajib dikenakan hukuman SEBAT TIDAK LEBIH DARI LAPAN PULUH KALI SEBAT ATAU TIDAK KURANG DARI EMPAT PULUH KALI SEBATAN . Hukuman ini berdalilkan sebuah Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a.
" Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat Puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak Empat Puluh kali sebat, dan Saidina Umar menyebat sebanyak Lapan Puluh kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini lebih aku sukai" Riwayat Imam Muslim r.a.
Menurut perbahasan Fuqaha' tentang bilangan sebatan yang dikenakan kepada pesalah arak ini kita perhatikan ia adalah jauh dari apa yang telah di Enekmankan dalam Enekman atau Undang-Undang Jenayah Syariah dalam negara kita ini bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa undang-undang ini adalah sesat sama sekali dan inilah bidaah yang sangat besar berlaku dalam negara kita. Dan kerana itu mungkin, mengapa hukuman sebat ini ditangguh-tangguhkan dengan berbagai rupa alasan dan cara., bimbang pekung yg selama ini disimpul, akan terurai.

Untuk pengetahuan umum, Kartika ditahan pada 11 Julai 2008 di sebuah hotel di Cherating, Pahang kerana meminum arak dan pada 1 Disember lalu dia dihadapkan ke mahkamah. Pada 20 Julai 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.

Beliau yang dikurniakan 2 orang anak, lelaki dan perempuan kini tinggal bersama ibu bapanya di Sungai Siput sementara menanti hukuman yang ditangguhkan sebelum ini, yg diwar-warkan akan dilaksanakan selepas hari raya. Ketika ditanya lagi berhubung kesediaan beliau unutk menerima hukuman itu, beliau berkata,

“Saya buat semua ini bukan untuk mengaibkan diri saya ataupun ahli keluarga, tetapi saya ikhlas mahu menyedarkan seluruh umat Islam di negara ini supaya menjauhi arak,” katanya.

Arak ialah benda haram dalam Islam. Ini jelas. Sekalipun Kartika dihukum atau mungkin terlepas daripada hukuman rotan adakah itu berjaya menyelesaikan masalah arak yang menjadi ibu segala perbuatan jenayah dalam negara kita ? Anak-anak muda melayu begitu mudah mendapatkan arak dikedai-kedai serbaneka malah dengan selamba menoggang botol arak tanpa ada rasa bersalah. Itukan lambang bahawa rakyat didahulukan untuk terbarai dan tertonggeng dulu, menonggang arak sampai bunting, tapi tak boleh beranak.

Jika mahukan Islam maka ambillah keseluruhannya. Jangan ambil Islam sekerat-sekerat. 'Kartika itu aku'.

Khamis, 3 September 2009

Sidang DUN Perak yang telah digagalkan

Biar gambar berbicara.....







Rabu, 2 September 2009

Dalang sebenar Demostrasi Kepala Lembu.....



Inilah (gambar dalam bulatan) dia wira di sebalik demonstrasi Kepala Lembu... demonstran ala-ala kepala hotak lembu... bukan main bangganya mengheret kepala lembu yang masih berdarah menuju ke Bangunan SUK Selangor bagi menyuarakan bantahan terhadap keputusan Kerajaan Negeri Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23. Puak-puak ini meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka sambil kaki memijak kepala lembu di atas jalan.. sedangkan mereka sendiri tahu erti lembu kepada penganut agama Hindu..

Tidak pernah terfikirkah di kepala hotak mereka, kalau penganut Hindu pula membuat tindakan balas dengan memijak-mijak Al Quran di depan masjid? Nauzubillah....

Wahai saudaraku se Islam...fikir-fikirlah dulu sebelum membuat sebarang tindakan...





Jalan ke bangunan SUK Perak ditutup


Kesemua jalan masuk menuju ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak SUK di tutup bermula jam 1.00 pagi mengikut berita pukul 7 pagi tadi, menjelang persidangan DUN yang akan berlangsung pagi ini.

Kesemua ADUN Pakatan dijangka akan bersidang jam 10 pagi ini.



Selasa, 1 September 2009

Hadiah Kemerdekaan ke 52....



Minyak petrol jenis RON95 dinaikkan daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter, sementara RON97 pula dinaikkan daripada RM1.80 seliter kepada RM2.05 seliter.

Tentunya rentetan daripada ini, harga barang-barang pun akan naik.... siapakah yang akan menjadi lebih tertekan..?




Inilah hadiah Kerajaan BN(Barang Naik) kepada rakyat Malaysia sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52......


Demontrasi kepala lembu.....


Demonstrasi pada 28 Ogos 2009 oleh sekumpulan demostran yang beragama Islam... dengan berbekalkan kepala lembu yang masih berdarah. Mereka yang terlibat mendakwa tindakan tersebut sebagai bantahan kepada keputusan Kerajaan Negeri Selangor memindahkan sebuah kuil Hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Bangganya puak-puak ni dengan demonstrasi ala otak lembu... Seiras tindakan sekutu mereka , puak UBN dalam berdemonstrasi yang tak pernah senonoh... Tidakkah mereka terfikir tindakan tersebut akan menjatuhkan imej umat Islam dan mengeruhkan hubungan antara umat Islam dan penganut agama Hindu...


Blog Widget by LinkWithin

Tinta d'maya © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO