Sudi-sudilah sign di sini......

Jumaat, 4 September 2009

Kartika Dewi - Liputan Blogger Perak

Kartika Dewi itu aku ! - Bila Tuhan mula memilih dia


Oleh : albanjari



Siapa yang tidak kenal akan Kartika Sari Dewi Shukarnor 32 tahun kini, bukan sahaja di Malaysia, Singapura malah nama Kartika telah dimasyurkan ke serata dunia, baik di timur lebih-lebih lagi di barat melalui media mereka (CNN), malah Amnesty International juga turut membuat liputan kes berkaitan kisah beliau yang ditangkap ketika meminum arak di khalayak ramai di sebuah resort di Cherating, Kuantan, Pahang Darul Makmur dimana beliau telah pun dijatuhkan hukum sebat 6 kali rotan dan didenda sebanyak RM5000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan bulan lalu.

Dan itulah keputusan Hakim Mahkamah Syariah, yang telah menjatuhkan hukuman mengikut peruntukan Undang Undang Syariah, Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

Dari apa yang diperolehi dari sesi wawancara yang diadakan pada tanggal 3 Ogos 2009, oleh blogger albanjari, MSK, team Perak Ekspress, dan UmmiAnni yang turut juga dihadiri, melalui kunjungan moral AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dan Pusat, jelas bahawa Kartika adalah seorang wanita muslim yang berasal dari Sungai Siput, Perak yang kini hidup dan telah berkahwin dengan lelaki warga Singapura selama lebih 15 tahun. Beliau yang bekerjaya sebagai seorang jururawat di sebuah hospital terbaik di republik itu juga merupakan seorang model iklan. Walaubagaimanapun beliau telah pun meletakkan jawatan sebagai jururawat disebabkan kes tersebut lebih setahun lalu.

Ketika ditanya mengapa beliau mengambil risiko untuk menerima hukuman sebat, beliau berkata, "I want to respect the law ". Malah beliau mahu disebat dikhalayak ramai. Wow ! Adakah sesiapa yang melihat mengapa hal ini terjadi ? Selama lebih 50 tahun negara merdeka, inilah individu yg berani tampil dikhalayak menerima hukuman tersebut atas sebab kesalahan yg diakuinya sendiri mengikut hukum yang ditakwilkan oleh Mahkamah Syariah.

Sebenarnya, inilah individu yang dipilih oleh Tuhan. Beliau dipilih oleh Allah swt. bagi menunjukkan ketempangan hukum yang cuba digunapakai oleh Mahkamah Syariah di Malaysia yang jelas tidak mengikut hukum al-Quran yg sebenarnya. Jika sebelum ini, siapa kisah ? Malah rakyat dibutakan mata melalui hukuman denda RM2000 tanpa sebatan keatas pesalah meminum arak. Hey ! Inilah kebenarannya yang mahu dibawakan melalui isu ini. Individu ini benar-benar mahukan Mahkamah Syariah melaksanakan hukum yg dijatuhkan kepadanya. Apa lagi, segerakanlah hukuman itu ! Tetapi benarkah hukuman itu adalah hukuman yang disyariatkan oleh Allah ? Dan itulah persoalan yg harus dijawab dari isu ini. Sharizat pasti tidak bersetuju dengan artikel ini, pasti !!

Yang jelas, dunia mungkin tertawa. Tertawa kerana hukuman yg dijatuhkan itu bukan mengikut hukum yg sebenar-benarnya seperti yg terkandung dalam al-Quran. Jika kita perhatikan dari pelbagai sudut ilmiahnya kita dapati sebenarnya hukuman itu bukanlah satu dari bentuk hukuman yang di syariatkan oleh Allah kepada kita dan bagi saya ia tetap sebagai hukuman ciptaan manusia dan peninggalan penjajah Inggeris semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Orang ramai menganggap bahawa hukuman itu adalah sebahagian dari hukuman islam adalah tidak benar sama sekali walaupun ia dikuatkuasakan oleh Mahkamah Syariah dan dinamakan sebagai Enekmen Jenayah Syariah sesebuah negeri tersebut.

Inilah akibatnya apabila kita meninggalkan dan mengabaikan perintah dari Allah swt yang melahirkan masyarakat umumnya dan umat islam khususnya di dalam negara kita , hingga menjadikan rakyatnya banggang dan jahil terhadap hukum dan perintah agama mereka sendiri.

Sedarkah kita bahawa kita telah dikelirukan dengan hukuman ciptaan manusia yang disolek dengan pelbagai jenama solekan hatta di make up indah oleh Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri dan Mahkamah-Mahkamah Syariah itu sendiri sebagai satu hiasan indah hasil dari tangan-tangan munafik seterusnya menghasilkan gambaran keliru sebahagian besar umat islam kita yang secara sedar ditertawankan dengan undang-undang ini yang dilihat sebagai islamik.

Tidak benar jika kita katakan bahawa hukum yang dijatuhkan oleh hakim tersebut sebagai hukum islam kerana ia jelas berlawanan dengan nas-nas dari al-Quran dan Hadis Nabi SAW.
Allah SWT menegaskan dalam al-Quran ; " Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semata-mata kotor ( najis / keji ) dari perbuatan syaitan, oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." surah al-maidah ayat 90.
Dalam undang-undang jenayah syariah, seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, samada dia mabuk atau tidak, maka wajib dikenakan hukuman SEBAT TIDAK LEBIH DARI LAPAN PULUH KALI SEBAT ATAU TIDAK KURANG DARI EMPAT PULUH KALI SEBATAN . Hukuman ini berdalilkan sebuah Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib r.a.
" Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat Puluh kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak Empat Puluh kali sebat, dan Saidina Umar menyebat sebanyak Lapan Puluh kali sebat, semuanya adalah sunnah Rasulullah SAW dan ini lebih aku sukai" Riwayat Imam Muslim r.a.
Menurut perbahasan Fuqaha' tentang bilangan sebatan yang dikenakan kepada pesalah arak ini kita perhatikan ia adalah jauh dari apa yang telah di Enekmankan dalam Enekman atau Undang-Undang Jenayah Syariah dalam negara kita ini bahkan tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa undang-undang ini adalah sesat sama sekali dan inilah bidaah yang sangat besar berlaku dalam negara kita. Dan kerana itu mungkin, mengapa hukuman sebat ini ditangguh-tangguhkan dengan berbagai rupa alasan dan cara., bimbang pekung yg selama ini disimpul, akan terurai.

Untuk pengetahuan umum, Kartika ditahan pada 11 Julai 2008 di sebuah hotel di Cherating, Pahang kerana meminum arak dan pada 1 Disember lalu dia dihadapkan ke mahkamah. Pada 20 Julai 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan terhadapnya.

Beliau yang dikurniakan 2 orang anak, lelaki dan perempuan kini tinggal bersama ibu bapanya di Sungai Siput sementara menanti hukuman yang ditangguhkan sebelum ini, yg diwar-warkan akan dilaksanakan selepas hari raya. Ketika ditanya lagi berhubung kesediaan beliau unutk menerima hukuman itu, beliau berkata,

“Saya buat semua ini bukan untuk mengaibkan diri saya ataupun ahli keluarga, tetapi saya ikhlas mahu menyedarkan seluruh umat Islam di negara ini supaya menjauhi arak,” katanya.

Arak ialah benda haram dalam Islam. Ini jelas. Sekalipun Kartika dihukum atau mungkin terlepas daripada hukuman rotan adakah itu berjaya menyelesaikan masalah arak yang menjadi ibu segala perbuatan jenayah dalam negara kita ? Anak-anak muda melayu begitu mudah mendapatkan arak dikedai-kedai serbaneka malah dengan selamba menoggang botol arak tanpa ada rasa bersalah. Itukan lambang bahawa rakyat didahulukan untuk terbarai dan tertonggeng dulu, menonggang arak sampai bunting, tapi tak boleh beranak.

Jika mahukan Islam maka ambillah keseluruhannya. Jangan ambil Islam sekerat-sekerat. 'Kartika itu aku'.

Seja o primeiro a comentar

Catat Ulasan

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan atau komen....

Blog Widget by LinkWithin

Tinta d'maya © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO