Sudi-sudilah sign di sini......

Jumaat, 30 Oktober 2009

Kisah Bekas GRO... buat renungan...


Kemewahan diperoleh hasil kerelaan membiarkan lelaki yang 'kegersangan' meratah diri, menjadikan Shida lupa akan dosa terhadap-Nya. Hidup bergelumang dengan maksiat bagaikan makanan setiap harinya sehingga dia bagaikan mempersendakan didikan agama yang pernah menjadi pegangannya satu ketika dulu.

Shida, ibu tunggal yang mempunyai seorang anak gadis berusia lima tahun berkata, kerana takut untuk hidup dalam kesusahan selepas kematian suaminya akibat kemalangan, dia terikut-ikut dengan pujukan rakan-rakan untuk bekerja di sebuah kelab malam bagi mendapatkan hasil pendapatan lumayan.

Risaukan anaknya yang baru berusia setahun ketika itu, Shidah menghantarnya ke rumah ibu bapanya untuk sementara waktu sehingga dirinya boleh menyesuaikan diri dengan pekerjaan baru itu.

“Pada mulanya, saya rasa takut dan kekok dengan pekerjaan saya yang memerlukan saya menemani dan melayan lelaki asing pelbagai rupa serta perangai yang tidak senonoh sehingga membuatkan saya sungguh meluat melihat mereka.

“Saya tidak tidak pandai menari atau menyanyi, tetapi dipaksa untuk melakukan semua perkara itu. Jika ditolak kemahuan itu, mereka akan mula memarahi dan menghalau saya keluar dari bilik seperti saya ini sampah. Berputus asa dengan keadaan itu, saya berjumpa dengan seorang lagi rakan yang menyarankan saya bekerja di tempat lain sebagai GRO.

“Dia memberikan saya sebiji pil untuk menghilangkan keresahan diri dan tanpa banyak cerita, saya rela menelannya. Sehingga tiba satu tempoh, kepala saya mula berpusing dan tidak lama kemudian mula berasa diri terawang-awang,” katanya ketika ditemui di mahkamah syariah di sekitar ibu kota baru-baru ini.

Shidah memberitahu, selepas itu dia mula berseronok dengan keadaan dirinya yang tidak terkawal dan ketagih dengan pil itu sekali gus membuatkannya berani melayani setiap pelanggannya tanpa rasa segan. Layanan yang pada mulanya hanya sekadar di bilik karaoke, kemudian beralih ke bilik hotel.

“Dalam keadaan separa sedar, saya gian melakukan aksi bersama ‘tetamu’. Mereka dikenakan bayaran mengikut jam dan bermula dengan harga RM250 dan seterusnya. Pernah saya ditempah untuk menemani seorang lelaki yang bergelar VIP selama seminggu sepanjang dia bercuti di ibu kota.

“Seronok dengan kemewahan dimiliki, saya lupa akan anak tunggal saya. Saya tidak endah untuk pulang ke kampung menjengok walaupun puas ibu menelefon dan memujuk saya untuk pulang sebentar bagi mengubati kerinduannya,” katanya sambil mengerling matanya ke arah lain bagi menahan sebak.

Walaupun sedih mengenangkan pengalaman lalu, Shida berkata, dia tidak pernah menyalahkan temannya atas apa yang berlaku kepada dirinya dan sehingga kini mengakui mereka masih berkawan rapat.

Jika direnung wajah wanita itu, tidak hairanlah jika dia berjaya mengumpan ramai lelaki dengan kulit dan potongan badannya yang masih kental dan menggiurkan. Namun katanya, kecantikan tidak mampu menjaminkan apa-apa.

Kerjaya sebagai ‘pelayan’ akhirnya membawa Shida ke jinjang pelamin apabila bertemu seorang usahawan terkemuka berusia 50-an. Bagaimanapun perkahwinan itu dirahsiakan termasuk daripada isteri pertama suaminya, H dan Shida akui sungguh bangga dengan sikapnya yang tidak memilih kasih dan menerima dia seadanya.

“Kerana sayang, dia menyuruh saya berhenti berkerja untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumah tangga. Saya bersyukur dengan permintaannya, sekurang-kurangnya saya tidak lagi perlu bersusah payah bekerja.

“Malah, ketika mengambil keputusan berkahwin saya menganggap inilah masanya menebus kesilapan terhadap anak saya dan selepas puas memujuk H, akhirnya dia setuju membenarkan saya membawa anak saya tinggal bersama,” katanya.

Selepas setengah tahun melayari bahtera dengan lelaki kaya itu, akhirnya perkahwinan sulit itu terbongkar dan keadaan menjadi tidak huru-hara berikutan campur tangan isteri pertama, sekali gus menghalang suaminya untuk bertemu dengan Shida.

“Perkara itu membuatkan suami yang sebelum ini begitu romantik menjadi ganas dan baran. Dia hanya akan pulang ke rumah pada siang hari dan berkelakuan kasar selain gemar memaksa saya melakukan seks.

“Tidak cukup dengan itu, saya juga sering dijadikan tempat untuknya melempar bermacam barang jika terlambat atau tersilap dalam melakukan sesuatu perkara. Habis calar dan lebam badan saya dibuatnya, dan apa yang menakutkan saya apabila dia gemar memeluk tubuh anak saya yang sudah meningkat remaja dengan erat dan menciumnya penuh berahi,” katanya.

Risau dan takut anak gadisnya diapa-apakan, Shida mengambil keputusan untuk menghantar anaknya ke rumah orang tuanya. Keputusannya itu ternyata tidak boleh diterima suaminya sehingga menyebabkan lelaki itu melafazkan cerai talak satu terhadap wanita malang itu.

“H naik berang selepas mendapati anak saya sudah tiada di rumah kami lagi. Selepas beberapa kali muka saya ditampar dan ditendang, dia melafazkan cerai talak satu terhadap saya,” katanya

Sambil menundukkan kepalanya dan mengesat air mata, Shida berkata, dia bersyukur kerana tidak terus bekerja sebagai pelayan dan menganggap apa yang berlaku terhadapnya adalah 'bayaran tunai' dari-Nya.


Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar
Berita Harian



' Semoga kisah ini dapat kita jadikan teladan dan sempadan..... InsyaAllah...



Rabu, 21 Oktober 2009

Tell me why

Dengarkan lah....







Selasa, 20 Oktober 2009

Tertawa berlebihan punca asma


Kata orang tertawa petua awet muda. Tetapi waspadalah kerana tertawa berlebihan merangsang serangan asma. Kenyataan ini berdasarkan pemerhatian penyelidik Australia terhadap 500 kanak-kanak yang mengidap asma. Tertawa berlebihan dilihat menjadi penyebab mereka sukar bernafas yang menjadi punca serangan.

Bagaimanapun ini tidak bermakna kita perlu sentiasa murung, cuma perlu mengawal ketawa agar tidak berlebihan.



Sumber : Majalah Harmoni


Ahad, 18 Oktober 2009

Farmville... melekakan...


Farmville, permainan dalam Facebook yang menjadi kegilaan ramai ketika ini... yang pastinya kegilaan ini telah menyebabkan kelekaan yang merugikan, terutama jika ianya dilakukan di waktu kerja. Pastinya prestasi kerja dan aktiviti-aktiviti yang lebih penting akan merosot disebabkan kebun maya yang entah ke mana nilainya... Alangkah baiknya andai Farmville ini direalisasikan dalam kehidupan yang sebenar... tentu boleh mendatangkan hasil realiti yang lumayan..


Fikir-fikirkan lah...


Rabu, 14 Oktober 2009

Bibik oh bibik....


Seorang rakan saya yang punya 'Bibik' sejak 6 tahun yang lalu tiba-tiba jadi tak keruan bila 'Bibik'nya bercuti selama sebulan... Hehehe... jadual hariannya 100% berubah..

Katanya...

"Tangan dah luka-luka sebab menyiang ikan..."

"Selalu ngantuk sebab terpaksa berjaga malam buat susu untuk anak kecilnya..."

"Kaki sakit dan urat-urat dah timbul sebab banyak berdiri... masak, seterika baju, kemas rumah dan lain-lain..."


Saya simpati bercampur lucu...

ermmmm... penting sungguh 'Bibik' ni rupa-rupanya..... hehehe....

Ahad, 11 Oktober 2009

Kasut....

kasut orang kaya - harga $2,000,000.00





kasut orang yang biasa-biasa seperti saya - harga RM50.00




kasut mereka yang tidak mampu - harga ?



sanggupkah anda membelanjakan berjuta-juta ringgit hanya untuk sepasang kasut?
sanggupkah anda hidup susah hingga terpaksa guna semula bahan terbuang demi untuk mendapatkan sepasang kasut?

Fikir-fikirkan lah......


Khamis, 8 Oktober 2009

PRK N31 Bagan Pinang - Azeez dipukul? Saksikan...




Jom tengok...

Blog Widget by LinkWithin

Tinta d'maya © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO