Sudi-sudilah sign di sini......

Jumaat, 4 September 2009

ADUN DAP ikuti usrah PAS

Posted on Thursday, September 03 @ 13:25:12 MYT by Paktam
Oleh Sofi Wahab


ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong bukan sahaja menghadiri program kemasyarakatan bersama rakyat malah turut juga menghadiri majlis usrah anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Minggu lalu beliau telah menghadiri program usrah dwimingguan Dewan Pemuda PAS bertempat di rumah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puhat Bedol di Taman Jati, Batu Berendam.



Ketika ditemui YB Khoo berkata beliau ingin mendalami ilmu Islam yang sememangnya sesuai untuk semua kaum tanpa mengira agama dan tempat.

"Saya memang minat untuk mengetahui serba sedikit tentang agama Islam kerana ia adalah agama rasmi negara kita, kawan-kawan saya memang ramai orang Melayu tetapi sebelum ini saya tidak ada kesempatan untuk mendalaminya".

"Dengan kesempatan berkawan bersama orang PAS saya kira ini peluang terbaik untuk saya mempelajari serba sedikit tentang Islam lebih-lebih lagi saya sebagai Wakil Rakyat memang patut tahu kerana dalam Dewan Undangan Negeri banyak isu Islam di bahaskan" ujar Khoo.



Khoo berkata acapkali Sidang DUN Melaka membahaskan isu berkaitan dengan Islam tetapi beliau tidak dapat mengambil bahagian kerana tidak memahami asas-asas Islam. "Kalau saya ada sedikit ilmu tentang Islam sudah tentu saya senang untuk faham dan mungkin boleh sama-sama berbahas dalam isu tersebut" tambah Khoo.

Sementara itu Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Khairul Che Salleh menyambut baik kesedian YB Khoo Poay Tiong untuk bersama-sama menyertai Usrah Dewan Pemuda PAS Bukit Katil.

"Kita tiada halangan kerana Islam memang sesuai untuk semua itu sebab slogan kita 'PAS FOR ALL".

"Kita memang mengalu-alukan kehadiran beliau dan memberikan peluang sepenuhnya kepada beliau memberikan pandangan dan idea dalam usrah kita" tambah Khairul.

Pendapat Khairul dipersetujui oleh Ketuanya Puhat Bedol yang turut sama menjemput YB Khoo pada setiap kali usrah dan program-program lain.

"Pemuda akan sentiasa menjemput YB Khoo untuk bersama-sama dengan kita dalam apa juga program kemasyarakatan dan seumpamanya bagi menggerakkan jentera Pakatan Rakyat Melaka dalam usaha kita mendekati rakyat".

"PAS, DAP dan PKR mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu menegakkan keadilan dan kebajikan di samping matlamat utama parti masing-masing, jadi tidak ada sebab untuk kita tidak boleh menggerakkan program bersama dengan lebih serius dan bersungguh-sungguh" ujar Puhat.


-Detikdaily-

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan TDM

Rasa terharu sangat dengan keprihatinan ADUN DAP ni...
kalau pun sekiranya dia tidak berniat nak memeluk Islam tapi sekurang-kurangnya dia belajar memahami apa itu Islam.. usaha sebegini memang baik dan harus lah diteruskan dari masa ke semasa untuk kebaikan bersama...

....dah nampak anjakan paradigma yang positif tentang Islam dalam kalangan orang-orang bukan Islam sejak PAS mula bersama Pakatan Rakyat.. alhamdulillah...







Seja o primeiro a comentar

Catat Ulasan

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan atau komen....

Blog Widget by LinkWithin

Tinta d'maya © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO