Sudi-sudilah sign di sini......

Sabtu, 5 September 2009

Tak puasa - suami isteri ditangkap

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

MUSTAFA KAMAL (tengah) memberi penerangan kepada pasangan suami isteri yang ditahan kerana tidak puasa di Kangar semalam.



KANGAR - Sepasang suami isteri sanggup menjamu selera di sebuah restoran Cina, di sini bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa gara-gara tidak berpuasa.

Bagaimanapun, taktik mereka itu tidak menjadi apabila diberkassepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) pagi semalam.

Ketua Penolong Pengarah (Pendakwaan) Jaips, Mustafa Kamal Mohd. Taibberkata, pasangan tersebut pergi ke restoran itu untuk bersarapan kerana tiada gerai Islam yang membuka perniagaan pada waktu itu.

"Ketika kami serbu, lelaki berusia 24 tahun dan isterinya berusia 25 tahun sedang minum sementara menunggu makanan yang dipesan.

"Selain pasangan ini, ada lima hingga enam pelanggan Islam di restoran itu tetapi mereka sempat melarikan diri," katanya.

Menurut Mustafa Kamal, apabila ditanya kepada pasangan itu kenapa tidak berpuasa, alasan yang diberikan ialah tidak makan sahur.

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan TDM

Kes macam ni memang memalukan... orang-orang bukan islam pun tentu geleng kepala tengok puak-puak tak tau malu ni makan di khalayak ramai dalam bulan ramadhan yang mulia ni... bukannya budak-budak lagi, dah kahwin pun... perempuan tu pakai tudung pulak tu..... kalau perempuan tak puasa boleh faham la uzurnya, tapi tetap tidak sesuai makan di khalayak... yang lakinya tu apa cerita pulak..... uzur apanya...?

kalau insaf, alhamdulillah.. tapi kalau masih tak berubah, apa la nak jadi dengan anak-anak mereka nanti.. rosaklah anak-anak bangsa yang seagama denganku..


2 Comentários:

anak laut berkata...

salam..

Sepasang suami isteri sanggup menjamu selera di sebuah restoran Cina, adalah satu perbuatan yang
SANGAT MEMALUKAN..SAYA ULANG..SANGAT MEMALUKAN..

orang-orang yg mcm nilah yang merosakkan imej islam ni..patut diarak dengan ketera mayat keliling kangar tu..

memalukan..!!!

TDM berkata...

salam AL..

memang situasi ini amat memalukan... segelintir umat islam yang hanya islam pada nama.. iman senipis kulit bawang...

Catat Ulasan

Sudi-sudilah meninggalkan pesanan atau komen....

Blog Widget by LinkWithin

Tinta d'maya © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO