Sudi-sudilah sign di sini......

Isnin, 31 Ogos 2009

Penagih arak di Rusia bayar RM400 untuk dirotan


Oleh ROZMAL MALAKAN


Islam kata, orang Islam yang didapati bersalah minum arak harus dirotan mengikut syariat Islam. Rotan yang tidak menyiksa tetapi untuk pengajaran. Saintis bukan Islam pula kata merotan boleh merawat mereka yang ketagihan arak. Takkan orang Islam nak belajar daripada orang bukan Islam cara-cara merotan yang boleh mengubati ketagihan arak dan dadah?

Patutlah tak selesai selesai masalah penagihan dadah di Malaysia ini, terutama di kalangan orang Melayu. Ada ubat murah iaitu rotan pergi guna methadone.

……Dr Marina Chuhrova (saintis Rusia) pula menyatakan bahawa beliau mempunyai pesakit tetap seramai 10 orang yang memerlukan rawatan merotan ini.

Menurut beliau pada mulanya mereka tidak suka pada kaedah rawatan sedemikian, akan tetapi apabila mereka merasakan kebaikannya mereka mula gemar pada kaedah rawatan sebegini.

Malah para penagih-penagih dadah dan arak tadi sanggup pula untuk membayar sekitar RM 400 untuk satu sesi rawatan merotan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Ulasan TDM

Kan dah kata? Hukum Islamlah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah atau jenayah yang dilakukan oleh manusia. Kenapa masih nak pertikai?

Islam dah menggariskan hukum-hukum yang sesuai untuk manusia tanpa mengira zaman. Sesungguhnya Allah swt lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya... Oleh itu, usahlah sangsi atau menolak hukum-hukum yang telah ditentukanNya bagi mendapatkan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.


Kesilapan Muslim di bulan Ramadhan


1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur, ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).


2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi Muhammad saw, malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469).


3) Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)


4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.


5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.


6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat jika niat utama seseorang itu hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


8 ) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari

Tidak bekerja dengan dengan bersungguh-sungguh atas alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala ibadah kita. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.


9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai dimasjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram,

Samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku… sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)



Ahad, 30 Ogos 2009

Selamat menyambut Hari kemerdekaan.....

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia kali ke 52....
semoga semua rakyat Malaysia terlepas sepenuhnya daripada belenggu penjajahan...





Sabtu, 29 Ogos 2009

Makan.. makan.. makan.....

Bubur lambuk yang menjadi rebutan


Ramadhan yang mulia datang bersama pakej bidaah yang susah nak dibuang dari dalam diri kebanyakan masyarakat Melayu di Malaysia ni... kemaruk makan. Betul seperti yang dikatakan oleh Prof. Dr. Abdul Wahab dalam blognya, Catatan Santai ... di bulan Ramadhan orang Melayu kemaruk makan....

Macam la kita hidup di negara yang kebuluran... sanggup berpanas-panas dan berebut-rebut di luar masjid hingga mengabaikan solat berjamaah di dalam masjid bagi mendapatkan seuncang bubur lambuk... ada sesetengah tempat tu, diedarkan pada jam 5 petang, tapi jam 3 dah berpusu-pusu orang datang menyerbu masjid atau surau.... tak mengira lelaki atau perempuan, tua atau muda... buat malu jer...

Itu belum lagi kisah di pasar ramadhan... berpusu-pusu membeli makanan yang pelbagai, seolah sudah tiada hari esok... kisah more di masjid dan surau, lepas tarawikh mesti nak ada makan-makan lagi..... sedangkan pada 11 bulan yang lainnya tu, takde pulak sapa-sapa nak risau pasal makan selepas waktu Isyak...

Hmmmm... itu lah mentaliti kebanyakan orang Melayu... risau sangat pasal makan....

makan... makan... makan......


Memang Allah sengaja.....



1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA.

Sumber : emel sahabat


99 langkah menuju kesempurnaan iman



Jom kita share.........


  1. Bersyukurlah apabila mendapat nikmat
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan
  3. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan
  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan
  8. Jangan usil dengan kekayaan orang
  9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang
  10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan
  11. Jangan tamak kepada harta
  12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan
  13. Jangan hancur kerana kezaliman
  14. Jangan goyah karena fitnah
  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri
  16. Jangan mencampuri harta dengan harta yang haram
  17. Jangan sakiti ayah dan ibu
  18. Jangan usir orang yang meminta-minta
  19. Jangan sakiti anak yatim
  20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar
  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil
  22. Banyakkanlah berkunjung ke rumah Allah (masjid)
  23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu'
  24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid
  25. Biasakan solat malam
  26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat
  28. Sayangi dan santuni fakir miskin
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah
  30. Jangan marah berlebih-lebihan
  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan
  32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah karena Allah
  33. Berlatihlah untuk banyak berfikir
  34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi
  35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan
  36. Jangan percaya ramalan manusia
  37. Jangan terlampau takut miskin
  38. Hormatilah setiap orang
  39. Jangan terlampau takut kepada manusia
  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala
  41. Berlakulah adil dalam segala urusan
  42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah
  43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala
  44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran
  45. Perbanyakkan silaturrahim
  46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam
  47. Bicaralah secukupnya
  48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya
  49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu
  50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur
  51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin
  52. Sediakan waktu untuk bersantai dengan keluarga
  53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan
  54. Hormatilah kepada guru dan ulama
  55. Sering-sering bershalawat kepada nabi
  56. Cintai keluarga Nabi Muhammad saw
  57. Jangan terlalu banyak hutang
  58. Jangan terlampau mudah berjanji
  59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
  60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna
  61. Bergaullah dengan orang-orang soleh
  62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar
  63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu
  64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita
  65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi
  66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya
  67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita
  68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
  69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan
  70. Jangan melukai hati orang lain
  71. Jangan membiasakan berkata dusta
  72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian
  73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab
  74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan
  75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
  76. Jangan membuka aib orang lain
  77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita
  78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana
  79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan
  80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya
  81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara
  82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain
  83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara
  84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa
  85. Hargai kejayaan dan pemberian orang
  86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan
  87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan
  88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita
  89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu
  90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana
  91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita
  92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina
  93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang membabitkan teman kita sebelum dipastikan kebenarannya
  94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban
  95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan serta tidak berlebihan
  96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri
  97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan
  98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan
  99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Sambut kemerdekaan di Masjid

Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim


Nampaknya Sambutan Hari Kebangsaan tahun ni akan dibuat dengan cara yang berbeza... katanya akan dibuat dalam bentuk keagamaan... bagus ler tu...

Menurut Menteri Penerangan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, dalam berita jam 9.00 malam tadi, sambutan kemerdekaan akan dibuat secara sederhana sempena bulan Ramadhan.. lagi pun tidak akan diadakan majlis yang melibatkan kumpulan yang ramai... sebab kes pandemik selsema babi, virus H1N1... katanya lagi, program kemerdekaan ni akan diadakan di masjid, gereja, kuil hindu dan cina... diketuai oleh pemimpin masing-masing... dan menurutnya lagi, mungkin juga akan diteruskan program sebegini di tahun-tahun akan datang...

Hmm.. banyaknya hikmah pandemik selsema babi ni... pemimpin-pemimpin negara dah mula kembali kepada agama... harap-harap begitu lah....



Rabu, 26 Ogos 2009

Isu sebatan peminum arak

Tidak sama hukuman rotan syariah

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

(Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.)


sumber, Malaysiakini

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Komen TDM

Sememangnya semua masalah jenayah boleh diselesaikan dengan terlaksananya hukum hudud, tapi biarlah betul mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan, bukannya main hentam sembrono saja.... sebab ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada keindahan Islam dan hukum-hukum yang termaktub di dalamnya... Oleh itu kepada pihak yang terbabit, kajilah dahulu sesuatu perkara sebelum membuat sebarang hukum atau keputusan...







Biodata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat



SALASILAH TOK GURU:-

Nik Abd Aziz ---------> Nik Mat (Raja Mohammad) -----------> Raja Banjar ------> Raja Majam X Raja Abdullah ---------> Raja Kechik ---------> Raja Mohammad --------> Raja Abdullah ---------> Raja Abdul Rahman (Raja Mir) ---------> Raja Dewi X Raja Kecil Sulong (Raja Jembal VI (T.M:1721-1725)) ---------> Raja Sungai ---------> Raja Sakti X Puteri Mani Kemeyan (Raja Jembal (Sultan Kelantan IV (T.M: 1638-1649)) ---------> Raja Gombak (Sultan Kelantan III) ---------> Sultan Mansur Shah (Sultan Kelantan II) ---------> Sultan Iskandar Shah (Sultan Kelantan I) ---------> Radin Mas Aria DiGunung (Sultan Baki Syah) ---------> Raja Bharubbasa (Sultan Mahmud (Raja Lankasuka)) ---------> Raja Tilam (Raja Sang Tawal) ---------> Raja Sakranta (Maharaja Jawaka) ---------> Raja Surendra (Maharaja Suran) ---------> Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhushana Warma Dewa (Brahma)

DISUSUN OLEH:
UNIT SALASILAH
BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN DOKUMENTASI
JABATAN PUSAT SEJARAH
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

September 1997




Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tahun Lahir: 1931
Tempat Lahir: Pulau Melaka

Pendidikan:

� Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). - 1936
� Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
� Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
� Universiti Deobond, India � 1952.
� Lahore, Pakistan � Ilmu Tafsir Quran � 1957.
� Universiti Al-Azhar, Mesir � Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
� Universiti Al-Azhar, Mesir � Sarjana Perundangan Islam.


Pekerjaan terdahulu:

� Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
� Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
� Penyelia Kelas Dewasa � KEMAS.
� Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.


Pengalaman Politik :

  • 1967 - Daftar sebagai ahli PAS.
  • 1967-1969 -Pilihanraya Kecil - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
  • 1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
  • 1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Sekarang Parlimen Pengkalan Chepa).
  • 1978-1982 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
  • 1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
  • 1986-1990 - Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
  • 1990-Sekarang - Menteri Besar Kelantan.


Pengalaman Menjawat Jawatan Dalam Politik :
  • 19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen
  • 4 Tahun Sebagai Ahli DUN
  • Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun
  • Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun

Tips - Adakah pasangan anda sesuai?

Sekadar memanjangkan info... hehehe... nak cuba apa salahnya.....


Untuk menduga sama ada pemilihan pasangan hidup anda itu sesuai atau tidak, silalah tiap-tiap seorang yang mahu mengikatkan pertunangannya itu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berikut dengan "Ya" atau "Tidak".

Sediakan pen & kertas, tulis no 1 hingga 20. Kalau jawap "Ya" tanda right.. kalau "Tidak" tanda pangkah.. soalan-soalannya. ..


  1. Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?
  2. Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?
  3. Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?
  4. Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?
  5. Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?
  6. Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?
  7. Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?
  8. Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?
  9. Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?
  10. Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?
  11. Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?
  12. Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?
  13. Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?
  14. Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?
  15. Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?
  16. Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?
  17. Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?
  18. Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?
  19. Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?
  20. Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?


Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanya an di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.

Keputusan PRK DUN Permatang Pasir - N11



PAS : 9618 undi

BN : 5067 undi


PAS menang dengan majoriti : 4551 undi



Tahniah kepada PAS dan Pakatan Rakyat yang telah berjaya mengekalkan kemenangan rakyat...

Syabas kepada pengundi-pengundi di Permatang Pasir yang bijak membuat pilihan...


Selasa, 25 Ogos 2009

Mencintai tak semestinya memiliki...



Janganlah kau angkuh melaungkan.. .
si dia kepunyaan mu ...
atau kau kepunyaan si dia ...
kerana hakikatnya.. .
kita tidak pernah memiliki sesiapa...
walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...
hukum alam menyatakan.. .
mencintai tidak semestinya memiliki?...
manusia pandai berpura ...
berlakon di pentas dunia...
dan bertopeng menutup rahsia..
tetapi hati...
tidak pernah berdusta pada empunya...
tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
tidakkah kau sedar...
mungkin si dia melafazkan.. .
ungkapan cinta pada mu ...
tetapi hati dan perasaannya. ..
tidak pernah berniat begitu...
dia hanya berselindung. ..
di sebalik sejuta alasan...
dan kau...
begitu jujur dan setia mencintainya. .
sehingga terlupa..
hukum alam menyatakan..
mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah. ..
kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali..... .


Kasih haiwan....

Lihatlah... kisah benar dalam kehidupan... kasih seekor anjing.....



"hei.... bangun... bangun.... "

Seekor anjing telah dilanggar kereta di tengah jalanraya dan mati.
Kemudian seekor anjing lain cuba membantu.



"aku akan bawak ko ke tempat yang selamat.."

Apabila dia gagal mengejutkan kawannya, ia cuba membawanya ke tepi jalan tetapi tidak berjaya, sebab kawannya berat.



"sesiapa yang ada di sini... tolong saya.. bagitau saya apa yang patut saya buat..."

Walaupun jalanraya sibuk dan agak bahaya untuknya, ia tidak bergerak dari situ, masih menemani kawannya sambil menyalak meminta simpati orang ramai.



"macamana aku nak selamatkan ko...."


Yang melihat kisah anjing ni begitu tersentuh dengan kasih sayang anjing itu kepada kawannya..




Dan kita sebagai manusia, insafilah....
hargai dan kasihilah insan-insan yang bersama-sama kita....



Jangan menempah neraka

Jom share...


Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki..... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku, " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita.


Kecacatan ini menginsafkanku. .

Dari emel... jom kita share..... untuk kita insafi....



Lebih 39 tahun yang lalu, keadaan ekonomi dinegara ini amat tidak menentu. Kehidupan masyarakat dikampung kelahiranku amat susah ketika itu, seumpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibu dan bapaku terpaksa membesarkan empat orang anak dalam keadaan serba kekurangan.


Kemudahan asas masih di peringkat yang amat daif. Setiap hari, ibu terpaksa mengangkut air dari perigi untuk digunakan di rumah. Pada waktu lain ibu meraut lidi kelapa untuk dibuat penyapu atau menganyam tikar mengkuang. Ibu juga membuat atap nipah untuk menampal atap rumah yang bocor. Kernudahan elektrik, jauh sekali.


Ayah pula melakukan kerja-kerja kampung yang boleh dilakukan seperti memungut kayu-kayu api, menanam beberapa jenis sayur-sayuran yang boleh dijual dan mencari madu lebah.


Dalam keadaan serba susah dan payah itulah, suatu hari ibu merasakan dirinya mengandung lagi. Kesusahan yang dialami menyebabkan perasaan ibu tertekan dengan kehadiran janin yang tidak diundang di dalam rahimnya. Maklumlah, pada ketika itu pengetahuan mengenai merancang keluarga amat terhad. Sebagai orang kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, kaedah moden untuk merancang keluarga jauh dari fikiran mereka.


Dengan fikiran runsing dan hati yang tidak tenteram, ibu berusaha untuk menggugurkan kandungannya. Pelbagai cara dilakukan seperti memakan nanas muda dan tapai, meminum air akar kayu, dan membuat kerja-kerja berat. Namun Allah mengehendaki janin itu terus hidup dan lahir ke dunia.


15 Ogos 1964, bergemalah suara tangisan bayi di sebuah rumah usang yang hanya bertemankan api pelita. Namun, bayi tersebut tidak sama seperti bayi-bayi yang lain. Tubuhnya terlalu kecil dan beratnya di bawah paras berat yang normal.


Bayi itulah aku. Tiada sesiapa yang mengharapkan aku lahir ke dunia. Bahkan aku sendiri tidak meminta untuk dilahirkan. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tetapi Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. menghendakinya. Pastilah ada hikmah yang tersirat yang belum tersurat.


Dalam keadaan terpaksa ibu dan ayah membesarkanku. Setelah berusia tujuh tahun, aku dihantar bersekolah. Walaupun tubuh badanku terlalu kecil, seperti kanak-kanak berusia empat tahun, aku melangkah ke sekolah dengan penuh gembira. Aku amat suka belajar. Sememangnya aku cenderung mencintai ilmu pengetahuan.


Pelajaranku amat memuaskan, bahkan akulah yang paling cemerlang antara adik-beradikku yang lain. Ibu dan ayah mulai menaruh harapan tinggi kepadaku. Abang-abang dan kakak-kakakku hanya sempat belajar setakat darjah enam atau paling tinggi sehingga tingkatan lima, tapi Tuhan memudahkan lorong untukku sehingga aku berjaya menjejakkan kaki ke tangga universiti.


Jadilah aku satu-satunya manusia kerdil yang belajar di universiti tersebut ketika itu. Saiz tubuhku lebih kurang sama seperti kanak-kanak berusia tujuh atau lapan tahun. Namun Allah memberi kekuatan dan pelbagai kelebihan kepadaku yang mungkin tidak diperolehi oleh golongan yang normal.


Sedikitpun aku tidak berasa malu dengan keadaan diriku. Bahkan aku menganggap diriku normal, sama seperti orang lain. Aku petah berbicara, boleh berhujah dengan baik dan pelajaranku amat cemerlang. Aku dikenali bukan sahaja di kalangan penuntut universiti, tetapi juga menjadi buah mulut para pensyarah.


Aku aktif dengan pelbagai persatuan di universiti, lebih-lebih lagi persatuan bercorak agama. Pendidikan agama yang kukuh membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan keadaan diriku. Akulah anak yang menjadi kebanggaan bukan sahaja ibu bapaku, tetapi juga masyarakat kampung.


Apabila keluar dari universiti, aku membuka syarikat perniagaan sendiri. Adik-adikku yang seramai tiga orang (semuanya lahir normal selepasku) semuanya bekerja denganku. Setiap bulan aku mengirim sejumlah wang kepada ibu bapaku. Aku, anak yang suatu ketika dahulu tidak diingini dan dianggap membebankan, kini menjadi harapan dan tempat bergantung keluarga.


Cerita yang disampaikan oleh ibu saudaraku kepadaku mengenai punca kecacatanku ini, benar-benar menginsafkanku. Inilah hikmah setiap kejadian dan ciptaan Tuhan. Walaupun susah, walaupun payah untuk membesarkan anak-anak, hakikatnya setiap anak mempunyai rezeki masing-masing dan setiap seorang ada kelebihan yang tersendiri.


Aku berharap agar kisah hidupku ini dijadikan iktibar oleh ibu-ibu moden pada hari ini, agar yakin dengan rezeki daripada Allah dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam keadaan apa sekalipun. Wallahua'lam.



NUR, 11-2003


Sabtu, 22 Ogos 2009

Pengundi wanita tolak jadi boneka DAP

BUKIT MERTAJAM: Pengundi wanita di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir memberi jaminan menyokong Barisan Nasional dan menolak parti yang menjadi boneka DAP.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata berdasarkan kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan, kebanyakan penduduk sudah muak dengan permainan politik Pakatan Rakyat.

“Pengundi wanita berpandangan jika mereka mengundi calon Pas pada pilihan raya kecil itu, ia seolah-olah mereka mengundi DAP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Tanah Liat, di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata, pemimpin Pas pada masa kini hanya dipergunakan untuk jadi boneka DAP.

“Kita mendapat maklum balas bahawa pengundi sudah bosan menjadi mangsa politik pembangkang yang lebih banyak memperjuangkan kepentingan mereka sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh kempen, penduduk memaklumkan ada pemimpin pembangkang menjelaskan kepada mereka bahawa pilihan raya kali ini boleh bertugas menjadi ganas.

Sumber : Berita Harian (Berita Hairan)

-------------------------------


Memang pelik liputan hairan daripada Berita Hairan ni.... kalo difikir-fikirkan semula oleh golongan yang cerdik pandai lagi berakal....

  • sapa sebenarnya yang mempermainkan politik..?
  • sapa yang sebenarnya membonekakan wanita...?
  • sapa sebenarnya yang berjuang untuk kepentingan sendiri...?


Anak Emas ke?

Sejak bila Permatang pasir jadi ANAK EMAS ni...?

tentunya orang-orang di Permatang Pasir rasa terharu yang amat-amat sangat..... tapi apalah ertinya...? hanya jadi ANAK EMAS ketika pilihanraya jer.... peh pilihanraya jadi ANAK TERBUANG..... huhuhuhu.....


Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak




Tanpa sedar
...


11 bulan
banyak kata sudah diucapkan....dilontarkan
tapi tak semua menyejukkan...

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat.... diciptakan
tapi tak semua menyenangkan....

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri....

saatnya istirehat dalam 'perjalanan dunia'
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri....

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan...

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan doa-doa
dan kembali menjadi fitrah.....



'Selamat Berpuasa kepada semua'...



Rabu, 19 Ogos 2009

Mahfuz menang kes saman....


KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad melalui akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini berkaitan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Sumber : Harakah



Alhamdulillah... dengan kuasa Allah jua, pemimpin kita, Datuk Mahfuz Omar telah menang kes saman melibatkan syarikat NSTP...

saman jangan tak saman...... NSTP memang ler patut disaman sebab surat khabornya suka sesangat mengeluarkan berita palsu yang boleh menjatuhkan maruah orang lain, terutama yang melibatkan parti-parti pakatan rakyat.... bilakah Berita Harian ni nak berhenti dari menyebarkan dakyah tajaan puak-puak AMENO?

adeiii... nanti rasanya surat khabor tu kena tukor nama jadi 'Berita Hairan'.... sesuai bebenor nama tu.... hehehehe...




Sapa yang kisah.......?

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Bila kerajaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.

4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah di luar negara daripada di negara sendiri.

5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, masih ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayaran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan di bandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak....tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?


Sumber : dari emel



Kalau tanya Aiman... tentu dia jawab, "Aiman tak kisah....." huhuhuhu.....



Selasa, 18 Ogos 2009

Permatang Pasir



Rakan-rakan seperjuangan dah ramai berkampung di Permatang Pasir, datang dari seluruh pelusuk tanah air..... dengan tugasan-tugasan yang telah ditetapkan mengikut arahan pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat. Dapat dibayangkan betapa sibuknya mereka dengan aktiviti-aktiviti menjelang pilihanraya.. ceramah kelompok.. merayu undi dari rumah ke rumah.. menampal poster... mengantung bendera...

sedangkan saya masih di sini, dengan kerja-kerja seharian yang tak pernah abis...

apa-apapun, insyaAllah, dengan keizinananNya jua, saya akan turut serta ke sana di hujung minggu ini.... menyumbang apa yang termampu demi redhaNya....




Saman jer


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

- Harakah, 18 Ogos 2009



Memang ler puak-puak BN sedang mencari pasal nak menjatuhkan TGNA dan pimpinan PAS yang lain... taktik dorang nak melemahkan PAS... selain itu, dorang juga bukannya faham sangat kata-kata dari seorang Tok Guru.. ketinggian ilmu mantiknya.. yang dorang tahu, nak cari jalan untuk membantai PAS habis-habisan... memang tak faham bahasa punya orang...

Elok ler disaman jer puak-puak tu... ajar sikit supaya jangan jadi 'gedebe' terlampau...





Perkahwinan Akhil hayy dan Waheeda


Kawin gak rupanya Akhil hayy dan Waheeda... setelah macam nak rak ceritanya tersebar di sana sini... dah tak tau mana yang betui mana yang fitnah.. dan yang pastinya hingga terobohnya sebuah masjid yang telah lama dibina.... hmmm.. malas nak komen apa-apa... dah berlaku pun...

apa-apapun tahniah la.... semoga perkahwinan kali ini membawa kebahagiaan kepada kedua-dua pihak di dunia dan akhirat...

namun jangan dilupa pulak insan-insan diluar sana yang masih mengharapkan kasih sayang... sebaik-baiknya buang lah yang keruh, ambil lah yang jernih... carilah jalan yang terbaik daripada yang baik.....






Isnin, 17 Ogos 2009

H1N1...


Nak salahkan siapa? Punya la jauh virus ni mengembara... asalnya konon dari Amerika Selatan..
banyak versi bila nak mengisahkannya.... banyak perkara yang boleh dikaitkan... antaranya bala Allah swt, kerana manusia dah terlalu leka dan lalai... hidup penuh dosa... ada juga yang mengaitkannya dengan senjata biologi, ciptaan Amerika dan Israel....


namun... kebenarannya..? semuanya dari Allah swt jua... sama-samalah kita insafi...


Ahad, 16 Ogos 2009

Salam perjuangan




Bila tinta ku lakar
mencoret bingkisan rasa
pada kanvas maya
yang bisu tanpa suara...
izinkan aku
melafazkan
salam perjuangan
kepada para daie
yang selangkah seiringan
bersamaku
mencari redha Tuhan....





Blog Widget by LinkWithin

Tinta d'maya © 2008. Template by Dicas Blogger.

TOPO